Saya okey watak kanak-kanak, tak kisah – Qistina Raisah

SUSULAN luahan Mia Sara yang kecewa sering dilabel sebagai pelakon cilik, pelakon Qistina Raisah mendedahkan turut mengalami pengalaman sama namun memilih untuk bersikap terbuka dan percaya kepada ketetapan rezeki.
Menurut Qistina atau nama lengkapnya Nur Qistina Raisah Mohd. Kamarol Azri, 18, setiap pelakon mempunyai perjalanan kerjaya yang berbeza dan tidak seharusnya dibandingkan.
“Ada saja tapi bagi saya mungkin rezeki dia (Mia) macam itu dan saya pun rezeki begitu juga.
“Rezeki masing-masing, mungkin awak bahagian itu dan saya bahagian ini.
“Tak boleh semua bahagian sama, itu pendapat saya,” katanya kepada Kosmo! Online.
Dalam pada itu, pelakon filem Rahsia itu menegaskan dia tidak mempunyai masalah untuk terus menggalas watak kanak-kanak memandangkan tumpuannya terhadap dunia lakonan kini sedikit berkurang.
“Saya okey saja (watak kanak-kanak) tidak kisah apa-apa.
“Lagipun, saya tak banyak berlakon dah sekarang, jadi saya tidak kisah,” ujarnya semasa ditemui pada majlis pelancaran koleksi raya Bayu Somerset X Machino, baru-baru ini.
Terdahulu, Mia dalam satu temu bual mengakui letih apabila masih dilabel sebagai pelakon cilik meskipun usianya sudah mencecah 21 tahun.
Katanya, dia juga memgimpikan untuk melakonkan karakter berbeza dan lebih mencabar serta enggan tersekat dengan watak kanak-kanak sahaja. –  HIBGLAM
Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok