Raymond Goh meninggal dunia

PENYAMPAI berita Nightline, TV3, Raymond Goh atau nama Islamnya, Muhammad Zaman Goh Abdullah disahkan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.

Perkara duka tersebut dimaklumkan keluarga Allahyarham dalam satu kenyataan kepada Buletin TV3 hari ini.

Menurut isteri Allahyarham, Faridah Teh, solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas solat Asar dan akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Terdahulu, Raymond yang bertugas lebih 30 tahun dalam dunia penyiaran berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya pada 30 Ogos lalu.

Goh memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O’clock News dan sebelum beralih kepada Nightline di TV3. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok