3
ROZITA Che Wan atau Che Ta sememangnya sinonim dengan busana serba glamor walau ke mana sahaja dia berada.
Terbaharu, dia mencuri perhatian netizen apabila tampil bergaya ketika membeli barangan basah di sebuah pasar.
Menerusi video dimuat naik sendiri Che Ta, dia dilihat memakai kaftan merah jambu, kaca mata hitam, rantai mutiara dan tas tangan berbulu.
Penampilannya itu membuatkan ramai memuji dan melabelnya sebagai wanita paling bergaya di pasar tersebut.
“Amboi ‘vogue’ betul Che Ta pergi pasar malam, cantik!
“Meletup Che Ta dengan beg bulu-bulu merah jambu pergi pasar malam,” komen netizen. – HIBGLAM
