MENGAKUI hubungan jarak jauh (LDR) dengan suami, Cyril Kongo ada liku tersendiri, pelakon Sharifah Sakinah tetap percaya perkara tersebut yang menguatkan rasa cinta antara mereka.
Sakinah atau nama lengkapnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 37, bagaimanapun berkata, hari demi hari, dia kian membiasakan diri dengan LDR biarpun perit.
“10 kali saya beritahu yang saya suka LDR. Memang ada peritnya, tapi kalau sibuk bekerja, keperitan itu kurang sedikit.
Bagaimanapun, hubungan mereka kini berpaksi pada LDR apabila suaminya masih memilih menetap di Bali, Indonesia sementelah Sakinah di Kuala Lumpur, Malaysia atas komitmen kerja masing-masong.
Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan Aliff Adha pada 2015 namun bercerai pada 2020.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Anais Adha yang kini berusia 8 tahun.
Selepas itu, dia kembali bertemu jodoh dengan lelaki asal Sweden bernama Michael Hansen pada 2021 dan berakhir dengan perceraian dua tahun kemudian. – HIBGLAM.
