“KALIAN percaya saya akan kahwin senyap-senyap ke? Berak pun saya kongsi dalam TikTok.”
Demikian yang dikongsi pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona selepas tular video memaparkan dia memakai gaun pengantin semalam.
Hanya babak dalam video muzik seorang penyanyi lelaki, Leona berkata, perkahwinan rahsia tidak akan pernah berlaku dalam diari hidupnya apatah lagi semua yang dilakukan setiap hari sebelum ini akan dimuat naik dalam media sosial terutama TikTok.
“Langgar kereta, patah hati dan bangun pagi pun kongsi dalam TikTok.
“Nampak sangat tiada teman lelaki atau suami.
Jangan cakap suami, kekasih pun tak ada untuk saya kongsi. Yang saya kongsi, untuk kalian semua!” katanya dalam TikTok.
Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu meminta orang ramai tidak perlu bimbang dan mengakui seronok melihat reaksi netizen selepas vidoe dia memakai gaun pengantin tular.
“Kalian percaya ke saya kahwin senyap-senyap? Tak ada maknanya.
Kalau nak kahwin, boleh nampak batu cincin saya dari jarak 10 kilometer.
“Saya tak kahwin, jangan risau. Tapi sekarang saya rasa nak kahwin senyap-senyap, macam seronok saja, ‘just for the plot'” ujarnya.
Semalam, tular video Leona memakai gaun pengantin rona putih berarak masuk ke sebuah lokasi perkahwinan.
Perkongsian tersebut mencetuskan tanda tanya dan turut dihujani ucapan tahniah daripada netizen.
Hasil tinjauan, momen berkahwin tersebut merupakan salah satu babak dalam video muzik penyanyi, Rey Guntabid berjudul Gagal Setia. – HIBGLAM
