Doa Yang Terlindung bikin hati panas

ISU penunggang agama kembali menjadi topik bualan ramai selepas drama Doa Yang Terlindung ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 sejak 8 Januari lalu.

Drama 28 episod arahan Idora Abdul Rahman mengisahkan Anisah lakonan Sharifah Rose yang menyambung pelajaran di Baitul Khadijah.

Namun, kehadirannya menggugat keimanan Ustaz Irfan (Firdaus Karim) selain membuka banyak rahsia institusi yang disegani ramai itu.

Naskhah tersebut juga turut mengangkat kisah tentang semangat juang golongan wanita yang bangkit selepas melalui titik terendah dalam kehidupan.

Selain Sharifah Rose dan Firdaus, Doa Yang Terlindung turut dibintangi Fasha Sandha, Nafiz Muaz dan Meor Hashim. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok