ONF gegar industri lepas 2 tahun jadi tentera

HAMPIR dua tahun menyepikan diri daripada dunia seni, kumpulan ONF kini membuat persiapan untuk kemunculan semula.

Difahamkan, kali terakhir kumpulan tersebut aktif adalah pada Disember 2021 sebelum kelima-lima anggota kumpulan memulakan perkhidmatan dalam ketenteraan.

Kini, kesemua ahli telah pun menamatkan perkhidmatan tentera pada Jun lalu. Sebulan selepas itu, ONF dilihat menjayakan persembahan buat kali pertama di RBW 2023 Summer Festival – Over The Rainbow.

Sambutan luar biasa peminat membuatkan mereka yakin kemunculan semula ini tepat pada waktunya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok