‘Biadab! Kau ingat anak angkat tiada perasaan?’

AKU banyak pendam selama ini tapi makin menjadi-jadi perangai syaitan-syaitan ini .”

Demikian luahan kecewa penyanyi Elyana apabila anak angkatnya, Cahaya Ramadhani terus menjadi mangsa buli.

Elyana atau nama penuhnya, Erneelya Elyana Emrizal, 39, menegaskan dia tidak pernah mengharapkan simpati atau ihsan daripada sesiapa untuk membesarkan anaknya itu tetapi sering menjadi sasaran ejekan.

“Dengar sini ya, aku besarkan anak aku, tak pernah minta ihsan atau belas dari sesiapa pun selama ini.

Jadi, kenapa kalian biadab sangat? Adakah anak aku merugikan kalian?,” katanya dalam Threads.

Lebih menyedihkan, pelantun lagu Kalis Rindu itu mendakwa anaknya diejek dengan panggilan berbaur perkauman yang disifatkan sangat tidak berperikemanusiaan.

“Kau hebat sangat ke jadi anak Melayu? Dari budak ini kecil sampai tujuh tahun aku besarkan.

Tak habis-habis tekanan kalian bagi. Kau ingat anak angkat, anak k***** tiada perasaan?,” tegasnya lagi.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas seorang individu melemparkan komen liar terhadap Cahaya sehingga mencetuskan kemarahan Elyana.

Ini bukan kalian pertama Cahaya dikecam, sebelum ini Elyana mendakwa ada pihak yang berbuat jahat terhadap kanak-kanak itu.

Elyana turut memaklumkan, meskipun Cahaya adalah anak angkat namun kasih sayang terhadap kanak-kanak itu tidak pernah berbelah bahagi dan sepenuh hati.

Malah sejak Cahaya berada dalam pangkuannya, dia sedaya upaya menyayangi dan menjaganya meskipun berdepan dengan masalah kesihatan.

Untuk rekod Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cinta Sumayah yang kini berusia 16 tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok