Putus cinta tak perlu bermusuh – Fify Azmi

TIADA pasangan bercinta yang inginkan perpisahan dalam sebuah perhubungan apatah lagi sudah ada perancangan ke jenjang pelamin. 

Janji sehidup semati yang pernah disemai sebelum ini akhirnya hanya tersimpan rapi dalam kotak kenangan.

Itu gambaran terlerainya cinta Fify Azmi dan Nafiez Zaidi baru-baru ini.

Enggan tersekat dalam fasa kecewa, Fify bertegas, semua kenangan bersama bekas kekasih kini tersemat sebagai memori dalam lipatan sejarah hidupnya.

FIFY enggan kisah peribadinya terlalu diperbesar-besarkan sehingga menutup ruang cerita
berkaitan kerjaya seninya.

Memilih untuk kembali sebagai wanita berstatus solo bukanlah satu hal yang mudah tetapi keputusan tersebut perlu diambil bagi agar tidak terus tersakiti.

Hatinya kental, bisik penulis dalam hati apabila mula menerjah pemilik nama penuh Nur Afiqah binti Mohamed Azmi itu dengan kisah kisah putus cintanya.

Bukan sahaja sangat positif, malah tiada sekelumit pun riak riak sedih terpancar dari wajah saat bibirnya rancak berbicara soal dan perasaan sepanjang wawancara bersama HibGlam.

“Tiada apa yang hendak saya ratapi sebab takdir, terutama berkaitan jodoh sudah ditentukan Tuhan. Kalau Dia kata orang itu bukan jodoh saya, maka itulah yang perlu saya terima.

“Lebih baik hubungan itu terlerai sekarang daripada terus menyakitkan pada hari mendatang, jadi lebih baik move on sahaja,” jelasnya yang enggan kisah putus cintanya terus diperkatakan.

Bagi sesetengah orang, jika sudah putus, bau pun sudah tidak boleh hidu, namun berbeza bagi Fify. 

Dia boleh kekal berkawan dengan Nafiez, bahkan, bertegur sapa apabila bersua di mana-mana acara hiburan.

“Buat apa hendak bermusuh, kami pernah saling memiliki rasa cinta sebelum ini dan kalau putus, lebih baik berkawan daripada bermasam muka.

“Kalau dia sudah jumpa pengganti sekali pun, saya tumpang bahagia, tiada masa hendak meroyan,” tutur wanita berusia 33 tahun itu.

Kata orang, patah tumbuh hilang berganti. Situasi sama sedang dilalui Fify ketika.

Putus kasih dengan bakal lelaki yang sedikit masa sahaja bakal bertukar status menjadi suami, 

TIDAK menolak jodoh dengan Syazwan, dia bagaimanapun terbuka untuk berkawan dan
mengenali dengan sesiapa sahaja ketika ini.

Fify kini dikatakan sudah bertemu cinta baharu. Masih lagi dengan lelaki seindustri, hubungan baik dengan Syazwan Zulkifly bukan lagi rahsia.

Akuinya, lelaki itu antara sahabat lelaki paling rapat dengannya ketika ini.

Pada masa sama, bintang Wira itu enggan meletakkan sebarang ‘status’ mengenai hubungan mereka dan hanya menyerahkan semuanya kepada Tuhan.

“Kami bersahabat baik dan mula rapat selepas menjalani penggambaran sebuah drama bersama.

“Buat masa ini tak mahu fikir sangat tentang cinta, namun terima kalau Tuhan sudah tetapkan dia jodoh saya. Siapa kita nak tolak ketentuan-Nya,” katanya sambil tersipu malu.

Ungkapnya lagi, perkongsian yang dimuat naik Syazwan dalam media sosial baru-baru ini bukan bawah kawalannya dan terpulang kepada pemahaman ramai untuk membuat sebarang justifikasi.

“Kalau boleh tak mahu berbicara lebih tentang hubungan baik antara kami. Kita tidak tahu apa akan jadi pada masa depan.

“Jika dia muat naik sebarang konten mengenai kami, saya okey sahaja sebab kami kawan baik. Biarlah masa menentukan dan terpulang kepada orang ramai buat andaian,” jelas pemenang Pelakon Harapan Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok