Kejutan Krismas, keliling Subang Jaya dengan Santa Claus

JANGAN terkejut jika anda terserempak dengan ‘Santa Claus’ dan menerima hadiah di sekitar Subang Jaya, Selangor sempena sambutan Krismas hari ini.

Kejutan tersebut sempena kempen One-Day-Only Surprise oleh GV Ride apabila memilih tiga pemandu untuk menyarung kostum penuh Santa Claus sepanjang operasi bagi menceriakan para pengguna aplikasi berkenaan.

Seramai 40 penumpang bertuah akan menerima hadiah Krismas istimewa berserta kad ucapan sebagai tanda penghargaan syarikat itu kepada komuniti pengguna yang terus menyokong perkhidmatan e-hailing tempatan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif GV Ride, Kabeer Maand berkata, inisiatif itu bukan sekadar membawa kegembiraan kepada pelanggan, malah menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan antara pemandu dan komuniti.

“Musim perayaan adalah waktu terbaik untuk sebarkan kegembiraan. Kami mahu pengguna merasai pengalaman yang mesra, lebih peribadi dan penuh kejutan.

“Inilah cara kami menghargai setiap pelanggan yang memilih kami setiap hari,” katanya.

Kabeer berkata, diskaun tambang RM10 turut ditawarkan kepada pengguna aplikasi berkenaan dan terhad kepada satu perjalanan sehari bagi setiap individu.

Kabeer turut memaklumkan syarikatnya akan terus memperkenalkan aktiviti berbentuk komuniti sebagai usaha menjadikan platform itu lebih dekat di hati masyarakat.

“Kami bukan sekadar menyediakan perkhidmatan e-hailing, tetapi mahu menjadi sebahagian daripada kehidupan harian masyarakat.

“Lebih banyak program unik dan mesra komuniti akan kami bawa pada tahun hadapan,” tambahnya.

Inisiatif kreatif ini dijangka meningkatkan imej jenama syarikat itu sebagai platform e-hailing tempatan yang dekat dengan komuniti, inovatif dan sentiasa membawa kelainan kepada pengguna. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok