TIDAK berhenti mengingatkan sesama insan, selebriti Abby Abadi menegur tindakan sebilangan lelaki yang berlaku curang.
Walaupun kedengaran agak kasar iaitu ‘spesies’ sebegitu hanya pandai buat anak tetapi lari daripada tanggungjawab, ada benarnya kata-kata ibu enam anak itu.
Bukanlah Diva pukul rata semua, cuma segelintir yang tidak berkemampuan dari segi nafkah tetapi nafsu nak ‘pasang’ satu lagi membuak-buak.
Atas sebab itu, Abby bagi cadangan agar kerajaan menggubal undang-undang baharu berhubung perkahwinan agar lelaki dayus tidak lagi bersikap lepas tangan terhadap anak-anak.
Harapannya, jika isu nafkah masih tertunggak dan liat nak tunaikan, elok jangan luluskan permohonan pernikahan individu culas itu. Setuju!
DIVA: Terkejut dengar pengakuan penyanyi Safura yang pernah berdepan gelombang perkahwinan.
