BARU-baru ini perkongsian Syafiq Kyle dan Mimi Lana dalam InstaStory mengundang tanda tanya ramai.
Bukan tentang filem mahupun drama tetapi tindakan Syafiq yang memegang bahagian perut isterinya pada sambutan hari lahir membuatkan netizen mula mendakwa Mimi kini berbadan dua.
Diva lihat foto itu selepas tular dalam media sosial dan ada yang mula menabur doa kepada Mimi sekiranya dia benar-benar hamil.
Hanya sebab sekeping foto, ramai sudah teruja tetapi mungkin juga Syafiq hanya memegang bahagian perut dan Mimi tidak hamil pun.
Peminat janganlah berharap sangat, risau ada yang kecewa pula. Cuma kalau ada berita gembira, kita doakan yang baik-baik.
Kalau tiada, tetap juga perlu doakan. Mimi pula sebelum ini ada suarakan impian untuk menimang anak kembar. Harap impian itu menjadi realiti ya.
Cuma kalau boleh janganlah kongsi gambar mengundang sebegitu, ramai terkejut termasuk Diva.
Cuma sekarang tidak sabar nak dengar kenyataan daripada Mimi mahupun Syafiq.
DIVA: Teruk juga Shy8 kena kecam, ada yang harap dia tersingkir dari Gegar Vaganza 12.
