Manjanya Liyana Jasmay, ramai pula rindu suami

SEBELUM ini, netizen sering dihidangkan dengan gelagat Liyana Jasmay mencuba pelbagai jenis makanan sehingga ada yang memintanya membuat vlog makan-makan.

Namun, baru-baru ini Liyana kembali menjadi bualan apabila memuat naik video TikTok bersama suaminya, Fathuddin Mazlan.

Menerusi video tersebut, jelas terpancar kebahagiaan Liyana dengan suami. Manja betul tapi tak sakit mata memandang.

Difahamkan, mereka kini berada di fasa hubungan jarak jauh tetapi tidak dikongsi lebih terperinci oleh Liyana.

Kami akan lakukan ini sebulan sekali memandangkan hubungan kami kini jarak jauh.

“Banyak yang dibualkan dan sangat rindu. Semoga saya dan anak-anak dapat pindah ke sini satu hari nanti,” ujarnya.

Disebabkan video tersebut, ramai pula golongan isteri yang merindui suami mereka.

“Tengok video ini, tiba-tiba rindu suami sebab hubungan jarak jauh juga.

“Suka tengok cara suami dia layan dan hargai isteri. Semoga hubungan kekal ke syurga,” komen netizen.

Semoga hubungan jarak jauh mereka sentiasa dijauhkan daripada anasir negatif dan kekal bahagia ya.

DIVA: Ramai marah Nubhan failkan tuntutan hadanah terhadap tiga anaknya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok