“Sampai guna video anak, sekarang dia malu nak ke sekolah”

Pelakon Linda Hashim kecewa apabila isu anak dijadikan alasan dalam kemelut rumah tangganya bersama suami, Beego.

Pemilik nama lengkap Norhazlinda Hashim, 41, menyatakan kekecewaannya susulan kenyataan Beego yang mendakwa anak-anak mereka gembira apabila ibu bapa tidak jadi berpisah.

Bercerai fikir anak, tak relevan dah untuk saya. Saya tak nak babitkan nama anak-anak saya di sini, dia memang tak habis-habis fasal anak.

“Saya hari-hari dengan anak, saya tahulah. Anak-anak tahu mak bapa dia ada masalah.

“Saya kasihan dekat anak-anak saya. Jangan gunakan anak-anak saya untuk bagi alasan begini,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis tayangan filem Hayya 3: Gaza baru-baru ini.

Malah, pelakon filem Syaitan Muanfik itu turut meluahkan rasa terkilan apabila Beego memuat naik video lama anak-anak mereka semata-mata untuk menonjolkan imej sebagai bapa bertanggungjawab.

Sampai guna video anak saya. Dia sangat malu nak pergi sekolah. Dia buat benda begitu untuk kepentingan diri sendiri nak menunjukkan dia bertanggungjawab dan rapat dengan anak.

“Sedangkan benda itu lama. Kebetulan anak saya tengok dan komen sebab dia dah pakai tudung.

“Kadang-kadang saya suruh dia buka tudung, dia tak nak. Dia dah malu, kasihan anak saya,” ujarnya lagi.

Linda dan Beego pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 sekali gus hadir bersama ke mahkamah bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Linda bagaimanapun memaklumkan mereka bercerai kali kedua selepas beberapa bulan rujuk kerana masalah sama iaitu tiada persefahaman walaupun mendakwa sudah banyak kali peluang diberikan.

Mereka mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga anak perempuan, Jelita Clarissa, 11; Anggun Cassandra, 10; dan Indah Camelia, 6. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok