‘Kita ada pilihan untuk berdiam diri, doa yang terbaik’

PELAKON Erynne Erynna mengingatkan orang ramai agar tidak mencampuri urusan peribadi individu lain khususnya melibatkan hal keluarga dan rumah tangga.

Erynne atau nama sebenarnya Syazlynne Erynna Abdullah, 28, berkata, masyarakat perlu membiasakan diri untuk tidak  terlalu obses untuk ambil tahu kisah orang lain.

“Kita perlu normalisasikan untuk berdiam dan tidak ambil tahu hal perkara yang tidak perlu kita tahu.

Contohnya hal keluarga dan rumah tangga orang melainkan mereka minta pertolongan, nasihat atau pendapat kita,” katanya dalam Threads.

Pelakon filem Congkak itu turut menegaskan setiap individu berhak menjaga privasi masing-masing terutamanya membabitkan isu peribadi.

Ya, mereka sepatutnya simpan sahaja hal itu secara peribadi kalau tak mahu dinasihati, dikecam dan sebagainya. Itu tanggungjawab mereka sendiri.

“Tapi kita juga ada pilihan sama ada untuk berdiam diri dan mendoakan yang terbaik atau memberi komen tentang perkara yang sebenarnya kita sendiri tak nampak atau tak tahu sepenuhnya,” ujar ibu tunggal anak satu itu.

Kenyataan tersebut dipercayai dibuat Erynne selepas orang ramai mula memberi pandangan mengenai kemelut rumah tangga yang dilalui pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli.

Sebelum ini, dunia hiburan kembali kecoh apabila Uqasha hadir ke prosiding pertama kes permohonan cerai terhadap Kamal di  Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan namun terpaksa ditangguhkan ke 28 Oktober depan selepas aktor itu tidak hadir.

Menurut peguam syarie mewakili Uqasha, Nurfarhana Abd. Manaf, pelakon wanita itu memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman dan difahamkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok