Pendarahan otak, gitaris KISS meninggal dunia

BEKAS gitaris band terkenal KISS, Paul Daniel Frehley atau Ace Frehley menghembuskan nafas terakhir semalam pada usia 74 tahun selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya yang mengakibatkan pendarahan otak.

Menerusi perkongsian ejennya, Frehley juga pengasas kumpulan rock legenda yang ditubuhkan sekitar 1970-an itu meninggal dunia dengan tenang di sisi keluarga di New Jersey, Amerika Syarikat.

Walaupun terkejut dan bersedih kehilangan insan kesayangan, semua famili terdekat menghargai kebaikan yang mendiang telah dicurahkan kepada orang lain.

Kami bertuah dapat bersama mendiang pada waktu terakhirnya, menjaga dengan penuh kasih sayang dan perhatian sebelum beliau pergi,” kata kenyataan itu.

Rakannya dalam grup ikonik tersebut iaitu Gene Simmons dan Paul Stanley turut berdukacita atas pemergian sahabat yang sama-sama pernah melalui susah senang itu.

Ace adalah seorang pejuang rock sejati yang tiada ganti dan sentiasa menjadi sebahagian daripada legasi KISS,” kata Simmons.

Barisan asal kumpulan ikonik dengan imej tersendiri itu terdiri daripada Frehley selaku pemain gitar utama, Stanley (penyanyi dan pemain gitar), Simmons (gitar bes) serta Peter Criss (dram).

Pengaruh KISS dalam dunia rock antarabangsa sangat besar bahkan imej solekan menyerupai watak komik, lengkap dengan pakaian perisai dan kasut bertumit tinggi menjadikan kumpulan itu luar biasa.

Selain imej, Frehley juga dikenali dengan gaya persembahan dramatik serta pertunjukan gitar berasap yang mencetuskan fenomena glam rock pada era kegemilangan mereka.

Mendiang meninggalkan kumpulan tersebut pada 1982 akibat penyalahgunaan dadah selain tiada lagi persefahaman dengan anggota lain.

Dia bagaimanapun kembali menganggotai KISS pada pertengahan 1990 sebelum memilih untuk keluar semula sekitar 2002 selepa bertelagah isu persembahan.

Biarpun sudah tiada, legasi ditinggalkan Frahley terus mengharum serta menjadi sebutan ramai yang menjadikannya idola. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok