Yoo Ah-in difitnah kaki kelab malam

PELAKON sensasi Yoo Ah-in kini berdepan kontroversi apabila dikatakan gemar menghabiskan masa di kelab malam.

Spekulasi tercetus apabila ada individu memuat naik hantaran bertajuk ‘Yoo Ah-in telah menempah kelab termahal dan tempat duduk mewah di Gangnam hari ini’.

Syarikat pengurusan aktor terkenal itu bagaimanapun tampil menafikan dakwaan itu dengan mengatakan ada pihak sengaja menyebarkan maklumat palsu.

“Yoo Ah-in tidak berkunjung ke mana-mana kelab terkenal di Gangnam. Itu tidak benar sama sekali.

“Kami tidak dapat menjelaskan butirannya tetapi Ah-in kini berada di Seoul.

“Penyiaran maklumat palsu itu langsung tidak masuk akal,” tegas wakil syarikat pengurusan terbabit dalam satu kenyataan.

Sejak hantaran berbaur fitnah berkenaan tersebar, pelakon filem Hellbound itu dihentam teruk, sementelah namanya pernah terpalit dengan kes dadah.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok