KALAU tengok sekali imbas, memang dialah suami paling penyayang, sangat bertanggung jawab, sentiasa membahagiakan keluarga tetapi alih-alih khabarnya sudah melafazkan talak kepada isteri.
Terpinga-pinga wanita yang setia melayari kehidupan bersamanya sejak bertahun-tahun itu diajukan perceraian secara tiba-tiba, bahkan difahamkan isterinya itu pula diminta keluar dari rumah.
Diva pun tertanya-tanya kesahihan khabar dibisikkan si burung serindit baru-baru ini kerana pelik juga kalau tiada punca terus nak ceraikan suri yang bergadai nyawa melahirkan zuriatnya.
Takkan dalam perkahwinan pun wujud konspirasi? Atau kita tunggu dulu penjelasan sebelah pihak iaitu selebriti berkenaan supaya kita tak mudah jatuh hukum.
Diva bukan boleh kalau pasal kahwin cerai. Walaupun masih single, tengok wajah anak-anak yang ibu bapanya bercerai secara buruk membuatkan kita pun tumpang sedih.
Berbalik semula kepada isu selebriti dikatakan nak berpisah dengan isterinya itu kita tengok perkembangan lanjut, mana tahu mereka sudah berbaik semula.
DIVA: Ada seorang artis didakwa makin kaya, makin lupa keluarga. Tanggangkah?