Balik rumah lama, Miley Cyrus kini kembali ‘hidup’

MENGHARGAI kenangan, penyanyi  Miley Cyrus teruja apabila dapat kembali mendiami rumah agamnya di Malibu yang pernah musnah dalam kebakaran tujuh tahun lalu.

Rumah yang didiami bersama bekas suami, juga pelakon, Liam Hemsworth itu hangus dijilat api akibat kebakaran hutan beberapa minggu  sebelum mereka berkahwin pada 2018.

Menyifatkan mahligai berkenaan sebagai tempat sarat nostalgia, Cyrus mengakui di situ tempat dia bergerak sebagai komposer dengan pertama kali mencipta serta merakamkan album Hannah Montana 2: Meet Miley Cyrus iaitu setahun sebelum kebakaran.

 Saya bina rumah itu. Saya akan dapat berpindah beberapa minggu lagi. Detik ini cukup beremosi. Kediaman itu buat saya ‘hidup’,” katanya.

Ketika kebakaran,  pelantun lagu  Flowers itu berada di Afrika Selatan memenuhi undangan kerja, sebelum meneruskan majlis perkahwinan dengan Hemsworth mengikut tarikh ditetapkan biarpun masih dalam kesedihan.

Bagaimanapun perkahwinan mereka  hanya bertahan selama setahun sebelum disahkan bercerai pada awal 2020.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok