16
Penyanyi Hasif Upin meluahkan kecewa apabila ada pihak yang cuba menghasutnya untuk memboikot selebriti atau pempengaruh yang enggan memuat naik hantaran berkaitan isu Palestin.
Menurut Hasif atau nama sebenarnya Muhammad Hasif Sharuddin, 33, tindakan memboikot atau menyahikut seseorang di media sosial adalah hak individu, namun tidak wajar dipaksakan kepada orang lain.
“Berhenti DM (mesej langsung) aku. Aku sebenarnya kecewa bila ada yang ajak atau hasut aku boikot artis atau pempengaruh.
Kalau nak boikot itu hak kau tapi jangan sampai ajak aku nyahikut selebriti sebab dia tak muat naik fasal Palestin.
“Tapi kawan sendiri yang tak muat naik hantaran langsung kau tak nyahikut pun. Nampak tak ‘double standard’ itu,” katanya dalam sebuah video Instagram.
Tambahnya lagi, perjuangan terhadap isu kemanusiaan tidak sepatutnya dijadikan medan untuk menimbulkan perpecahan atau kebencian.
“Perjuangan bukan diukur dengan seberapa kerap kau buat hantaran tapi pada keikhlasan dan tindakan masing-masing.
“Jangan jadikan isu kemanusiaan sebagai medan untuk benci-membenci.
“Kita semua nak benda sama iaitu keadilan dan kemanusiaan,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, ramai netizen yang menjalankan gerakan memboikot dan menyahikut sesetengah artis dan pempengaruh yang tidak memuat naik mengenai isu Palestin.
Ini kerana mereka menganggap selebriti dan pempengaruh tidak peka dengan isu semasa lebih-lebih lagi apabila misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dijalankan. – HIBGLAM