GAGAHKAN diri demi konsert Elite, penyanyi Abby Abadi yang demam sebelum beraksi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menyerah diri ke hospital sebaik persembahan mega bersama kumpulannya disempurnakan semalam.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, meminta maaf apabila keadaannya semakin lemah pada hari konsert sehingga stamina serta tumpuan terganggu ketika muncul di atas pentas.
Balik dari latihan terus rasa tak sedap badan, tapi belum teruk lagi. Esok pagi sebelum konsert, ada latihan lagi dan masa itu badan dah mula rasa lain. Saya tetap kuatkan semangat untuk meneruskan.
“Serius, lemah rasa badan. Itu yang hilang fokus. Saya minta maaf pada semua terutama anggota Elite, X Factor dan penonton,” katanya dalam perkongsian di Instagram.