‘Dengan Daddy Ash bukan konten ‘panas’, saya tahu haram’

PELAKON sensasi Zarina Anjoulie menafikan tuduhan video bersama individu dikenali sebagai Hot Daddy atau Daddy Ash dalam laman berbayar Telegram merupakan konten lucah seperti didakwa segelintir pihak.

Zarina Anjoulie, 37, atau mesra dipanggil Anju menegaskan, pautan dikongsikan dalam aplikasi dinyatakan tiada kandungan aksi panas melainkan hanya aktiviti harian ketika terserempak rakannya itu di Bali, Indonesia, baru-baru ini.

“Bukan konten lucah ya. Kita orang Islam kan bang, tak sokong benda begitu. Lagipun, saya janda anak satu. Anak sekolah agama, saya tak buat macam itu.

Betul video dengan Daddy Ash tapi bukan ‘content’ aneh-aneh. Abang cuba cari satu video saya ada cakap saya jual video macam tu? Itu netizen yang cakap.

“Kita orang Islam, tahu benda itu haram. Takkanlah saya nak buat,” katanya menerusi perkongsian Instagram menjawab mesej langsung (DM) netizen.

Bahkan, akui ibu tunggal anak satu itu berkata, jika benar dia menjual konten panas sudah tentu tawaran dihebahkan bukan pada kadar semurah itu.

Menerusi hantaran lain, Anju menjelaskan pertemuan dengan Daddy Ash berlaku secara kebetulan ketika dia ke pulau peranginan berkenaan mempromosikan produk namun perkongsian itu disalah erti netizen.

“Sampai di Bali saya terserempak dengan sahabat yang mungkin kalian pun kenal, Daddy Ash. Individu yang kalian tahu aktiviti dia tapi untuk isu viral ini, saya tak terlibat langsung dengan apa yang didakwa.

Macam saya cakap, tujuan utama ke sana hanyalah untuk kerja ambil gambar dan konten cantik bersama Sylvia Secret. Macam biasa, bila terserempak dengan mereka, saya suka buat ‘posting’ di Instagram.

“Tanpa tanya saya, tanpa fikir panjang, kalian pula terus tularkan macam-macam cerita sampai ada yang tanya mana link Telegram, nak langgan la, apa la,” ujarnya.

Katanya lagi, tujuan lain berkongsi hantaran dengan Daddy Ash adalah untuk menyampaikan maklumat lebih menyeluruh tentang produk palsu yang masih wujud.

‘Telegram yang saya buat itu pun kerana ramai yang minta. Tapi saya nak jelaskan sekali lagi, tiada langsung hantaran video yang macam kalian maksudkan.

Disebabkan kalian nak tahu sangat, saya pun buat satu saluran Telegram khas tapi di situ tiada langsung video porno atau perkara kotor seperti diperkatakan.

“Apa yang ada hanyalah aktiviti harian saya sepanjang berada di Bali, pergi gim, jalan-jalan dan memasak. Itu sahaja,” katanya.

Terdahulu hantaran videonya bersama individu yang pernah terpalit kontroversi itu dengan tiga wanita mengundang kecaman.

Bahkan tindakan pelakon terbabit berbaring di sisi lelaki berkenaan turut meraih teguran agamawan apabila disifatkan mempromosikan maksiat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok