‘Perkakasan dalaman rosak’ – Jet Li jalani pembedahan buang tumor

BINTANG aksi terkenal Jet Li dilaporkan selamat menjalani pembedahan membuang tumor di sebuah hospital di China baru-baru ini.

Perkhabaran tersebut menjadi buah mulut peminatnya selepas Jet Li, 62, berkongsi foto terlantar di katil hospital tanpa menyatakan secara terperinci tentang penyakit dialami.

Namun, menurut rakannya yang juga produser filem iaitu Tiffany Chen,  aktor itu dirawat di hospital disebabkan tumor.

Menerusi satu hantaran dalam Weibo, Li berkata dia ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana ada masalah dalam badan.

“‘Perkakasan’ dalaman telah rosak dan perlu kembali ke ‘kilang’ (hospital) untuk dibaiki,” katanya berseloroh.

Dia bagaimanapun berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa prihatin dan mendoakan kesihatannya.

Terdahulu, Li pada 2010 mendedahkan menghidap hipertiroidisme iaitu keadaan kelenjar tiroid menghasilkan hormon berlebihan.

Penghidap biasanya mengalami simptom seperti tangan menggeletar dan penurunan berat badan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok