‘Adik doakan mama sentiasa diberkati, dilindungi Allah’

MASIH dalam konflik, pelakon Anna Jobling tetap menzahirkan penghargaan atas jasa ibunya, Ariz Arop bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, semalam.

Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling juga tidak melupakan pengorbanan wanita terbabit dalam membentuk kehidupannya.

“Terima kasih juga buat mama kerana telah melahirkan dan membesarkan adik (panggilan).

“Adik doakan semoga mama sentiasa diberkati dan dilindungi Allah,” katanya dalam hantaran di InstaStory.

Menurut pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu, setiap ucapan yang diterima menjadikan hari istimewanya ini penuh bermakna.

“Terima kasih banyak untuk semua ucapan pada hari jadi yang indah. Anna baca semuanya dan setiap mesej amat bermakna,” ujarnya.

Pada masa sama, selebriti berdarah campuran Melayu-Inggeris itu turut bersyukur dikelilingi mereka yang sentiasa menyuntik sokongan terhadapnya.

“Saya berasa sangat bersyukur kerana dikelilingi insan yang hebat. Doakan yang terbaik untuk melangkah ke fasa baharu ini,” katanya.

Ketika ini kemelut antara Anna dan Ariz masih belum berkesudahan selepas ibunya itu mendedahkan menerima perintah injunksi daripada Anna pada Disember tahun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok