CERITA tentang pasangan BASS iaitu Bella Astillah-Syed Saddiq memang tak akan pernah habis.

Setiap minggu pasti ada sahaja cerita baharu mengenai mereka, itu belum lagi gelagat manis bersemut Saddiq terhadap Bella.

Terbaharu, Diva sempat menonton sebuah video iklan memaparkan Bella dan Saddiq mempromosikan satu jenama minyak angin.

Alahai manis bersemut dialog Saddiq dalam iklan tersebut.

Awak adalah penyelamat hidup,” katanya kepada Bella.

Macam biasalah, bila sudah ada dialog begitu, memang senanglah mengundang komen nakal dan usikan netizen.

“Selalu menyampah tengok iklan tetapi kali ini menonton sampai habis sambil tersenyum.

Peminat BASS boleh beli satu botol, senang simpan di rumah kalau nak rasa berangin atau tak cukup vitamin.

“Rasa tak masuk akal tengok iklan minyak angin berulang kali, normal ke?” usik netizen.

Apa pun, jangan tak jadi kahwin ya, ramai dah tak sabar nak rasa nasi minyak.

DIVA: Ramai yang terpesona tengok anggota baharu kumpulan XPDC, sudahlah rock, kacak bergaya pula.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok