Nabila Huda makan, netizen pula lapar

SELAIN suka bermonolog sendirian, Nabila Huda kerap memancing perhatian ramai dengan videonya menikmati pelbagai jenis makanan. Itu yang jadi bualan netizen selepas Nabila berkongsi video mencuba pelbagai makanan ketika bercuti.

“Wow sedapnya,” itu yang akan terbit daripada mulut Nabila setiap kali merasai makanan yang menepati cita rasanya.

Lucunya, Nabila yang makan, netizen pula yang lapar dan terliur melihat jenis juadah dinikmatinya.

“Jangan buat hal Abil, tengok video waktu malam, mana nak cari mi sotong!

“Kita pula telan air liur tengok dia makan, sabar sajalah,” usik netizen.

Tidak kurang juga ada yang meminta tip daripada Nabila untuk badan kekal langsing walaupun ‘kaki makan’. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok