Cinta Brad Pitt, Ines de Ramon hanya wayang?

DIBUAI kisah cinta pasangan pelakon Brad Pitt dan Ines de Ramon, ada sumber mendedahkan hubungan mereka sekadar strategi mengalihkan perhatian peminat.

Khabarnya, pihak pengurusan aktor popular Hollywood itu enggan reputasi Pitt tercalar selepas isu perceraian dengan bintang tersohor Angelina Jolie hangat diperkatakan khalayak.

Ditambah pula cerita kurang menyenangkan hubungan dingin lelaki itu dengan keenam-enam anaknya.

Isu peribadi yang boleh menjejaskan penerimaan ramai terhadap projek baharu terutama filem dikatakan menjadi faktor kehadiran de Ramon digunakan sepenuhnya.

Buktinya, filem Pitt berjudul F1 kini dilaporkan meraih pendapatan cukup stabil dalam tempoh dua bulan  pertama tayangannya biarpun tidak mencapai angka pecah panggung yang luar biasa.

Wayang cinta pasangan terbabit didakwa tampak jelas sepanjang wanita berkenaan berada di sisi Pitt kerana komunikasi serta bahasa tubuh menunjukkan mereka sekadar teman biasa.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok