PENYANYI Lana Del Rey akhirnya menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin sepanjang tempoh Gaza dijarah rejim Zionis.
Perkara itu dinyatakan dalam laman sosialnya dengan mengakui dia mendoakan Palestin setiap hari selain meluahkan kesedihannya.
Dalam komennya, wanita asal New York itu menggambarkan perang di Gaza sebagai sesuatu yang sangat memilukan dan sukar digambarkan.
Difahamkan perkongsian itu dibuat selepas ramai netizen mendesaknya menzahirkan pandangan berkaitan situasi di Gaza.
Selama ini, Del Rey dilihat cukup berhati-hati dalam menyampaikan pandangannya mengenai konflik kemanusiaan itu berikutan faktor tekanan sekeliling.
Terdahulu, pada 2018 dia pernah dijadualkan tampil di sebuah festival muzik di Tel Aviv, Israel, namun membatalkan kunjungannya setelah mendapat desakan boikot daripada sebuah pertubuhan kemanusiaan.