‘Aku cinta padamu’ – Lee Soo-hyuk bikin peminat histeria

Peminat histeria, itu yang berlaku apabila aktor Korea Lee Soo-hyuk muncul di pusat beli-belah Pavilion sempena acara Galaxy Unfolds Roadshow semalam.

Pada acara tersebut, bintang kacak yang diterbangkan khas oleh TonTon sempena tayangan drama terbaharunya, S Line disambut lebih 2,000 peminat.

Lebih mengejutkan, Pavilion KL sudah mula dibanjiri seawal pukul 2 petang meski pun acara melibatkan Soo-hyuk hanya bermula pada 5 petang.

Acara tersebut semakin ‘havoc’ dan persis konsert mini Kpop selain ada peminat menangis kegembiraan apabila melihat Soo-hyuk di depan mata.

Melihat sambutan luar biasa itu, Soo-hyuk terharu dan berterima kasih atas segala sokongan peminatnya di sini.

“Saya gemuruh dan sangat gembira kerana akhirnya dapat bertemu dengan peminat di Malaysia.

“saya menghargai sokongan anda semua. Harap dapat melawat Malaysia lagi,” katanya.

Soo-hyuk juga membuatkan ramai peminat wanita hilang arah apabila mengucapkan ‘aku cinta padamu’ dalam bahasa Melayu.

Selain Soo-hyuk, S Line turut dibintangi Da-hee dan Arin.

Dalam drama tersebut, Soo-hyuk membawakan watak Han Ji-Wook, detektif tampan dan berfikiran bebas yang menyiasat asal-usul S Line iaitu garisan merah misteri di atas kepala manusia, satu fenomena aneh yang mendedahkan hubungan intim mereka.

Sebelum S Line, Soo-hyuk juga pernah popular menerusi drama Tomorrow, Queen Woo dan Doom At Your Service. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok