Isteri George Clooney haramkan tetamu bawa telefon

DEMI privasi keluarga, isteri aktor Hollywood, George Clooney, Amal menyediakan bekas khas bagi menyimpan telefon bimbit untuk tetamu yang berkunjung ke rumah mereka.

Bukan tidak mempercayai rakan terdekat, pasangan yang mempunyai anak kembar itu mengakui sudah lama menggunakan cara sedemikian sebagai langkah berjaga-jaga.

Tetamu mereka juga memahami alasan utama yang membuatkan Amal mencegah pihak lain mengambil gambar wajah anak mereka, Ella dan Alexander, 8.

Kami lebih suka mengundang tetamu ke rumah kerana sukar mendapatkan privasi di luar tetapi mereka perlu simpan telefon dalam bakul khas,” kata Amal yan juga peguam hak asasi manusia itu.

Menurut wanita berusia 47 tahun itu, perspektif mengenai keselamatan keluarga menjadi fokusnya sebaik bergelar ibu.

Sehingga kini mereka belum pernah menunjukkan wajah anak-anak kepada umum mahupun membawa kembar itu ke tempat umum. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok