Ke tepi Fattah, Bell Ngasri popular di New Zealand

PELAKON Bell Ngasri mencuri perhatian ramai apabila tular video dalam media sosial didatangi seorang warden parkir di New Zealand hanya kerana ingin mendapatkan tandatangannya.

Bell atau nama penuhnya Ngasrizal Ngasri, 44, dilihat terkejut dengan tindakan individu tersebut kerana menyangka dirinya akan disaman selain tidak terfikir mempunyai peminat di luar negara.

Situasi cemas tersebut berlaku ketika sedang bersiar-siar di bahu jalan bersama Fattah Amin, Amira Othman dan Irfan Haris sebelum didatangi warden parkir berkenaan.

Ini bukan kena saman ya?

“Saya takut kalau kena saman,” katanya ringkas kepada warden parkir itu.

Difahamkan, wanita yang bertugas sebagai warden parkir itu berasal dari Malaysia.

Momen mencuti hati itu tersebut mengundang banyak komen netizen selain mengusik Bell lebih popular daripada Fattah yang turut berada di lokasi sama.

Dia lebih memilih Bell daripada Fattah.

“Siapa je tak kenal yak yak yeh!

“Ini baru betul definisi popular, yak yak yeh sampai luar negara!” usik netizen.

Difahamkan, Bell dan beberapa artis lain termasuk Fattah, Amira, Datin Paduka Umie Aida, Nora Danish dan Remy Ishak berada di New Zealand bagi menjalani penggambaran sebuah naskhah berjudul Poskad Cinta Dari Auckland. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok