“PUAS hati dengar Adlin Aman Ramli maki hamun.”
Itu respons membanjiri video tular yang merupakan sedutan dari drama terbaharu terbitan Astro Shaw berjudul Honey Trap.
Dalam video tersebut Adlin yang melakonkan watak ahli politik bernama Rahman mengamuk ketika bermesyuarat bersama kakitangannya.
Lucunya, netizen mengakui suasana dan setiap elemen yang dipaparkan menerusi babak tersebut sama seperti yang sering berlaku dalam mesyuarat kakitangan kerajaan.
Namun, paling menghiburkan ramai pastinya lakonan Adlin yang dilihat berjaya menghidupkan wataknya dengan baik.
“Adlin kalau bagi watak ahli politik memang menjadi, makanan dia.
Suka dengar Adlin maki hamun, mungkin memang jiwa dia.
“Dia kalau maki memang tak payah skrip, 100 peratus menjiwai,” kata netizen.
Selain Adlin, drama tersebut turut dibintangi Nina KSC, Syarul Ezani, Irfan Zaini dan Ungku Ismail. – HIBGLAM