Didakwa hisap vape, Selena Gomez bikin peminat risau

MENDERITA penyakit lupus dan masalah ginjal, tindakan penyanyi dan pelakon Selena Gomez yang didakwa menghisap rokok elektronik atau vape mengundang kerisauan peminat.

Kebimbangan ramai itu diluahkan netizen dalam ruangan komen sebuah video dikongsikan seorang individu yang memperlihatkan Gomez seakan-akan menghembuskan asap menyerupai wap sambil membelek telefonnya.

Terdahulu, Gomez didiagnosis menderita lupus pada 2013 dan menjalani pemindahan ginjal empat tahun kemudian, namun semangatnya melawan penyakit itu menyuntik inspirasi khalayak.

Perasaan kagum peminat melihat semangat juang ditonjolkan lebih kuat selepas mengikuti dokumentari My Mind & Me pada 2022 yang mengupas cabaran melalui kesakitan, proses serta impak terhadap mentalnya.

Bersandarkan sejarah kesihatannya, netizen berharap Gomez sedar penderita lupus tidak wajar merokok atau menghisap vape yang boleh membahayakan sistem imun dan buah pinggangnya.

Sebahagian besar pemerhati pula membuat spekulasi berkenaan hubungan selebriti berusia 32 tahun itu dengan bekas doktor peribadinya, Francia Raisa, tegang disebabkan kedegilannya mengambil alkohol dan merokok. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok