ASTAGHFIRULLAHALAZIM.”
Itu respons ringkas penyanyi Bella Astillah sewaktu ditanya sama ada benar dia dan ahli parlimen Muar, Syed Saddiq sudah bertunang.
Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 31. dia kini hanya fokus kepada anak-anaknya.
Apa-apa nanti Bella beritahu,” katanya sebelum begegas beredar.
Bella ditemui pada majlis Roadtour Scor A + SPM PTTI di sini, hari ini.
Sementara itu Saddiq atau nama sebenarnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, pula enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut, namun senada dengan apa yang dikatakan Bella.
“Apa yang dikatakan oleh Bella, saya kekalkan jawapan tersebut. Dalam bab ini, doakan sahaja.
“Mengenai kisah peribadi, kehidupan saya rasa lebih baik kekalkan dalam keluarga supaya kami berdua dapat fokus dalam kerjaya masing-masing.
“Private is private, public is public. Kami pun ada tanggungjawab masing-masing. Lebih baik kita kekalkan begitu,” jelasnya.
Terdahulu ada dakwaan mengatakan pasangan yang mendapat jolokan sebagai BASS itu telah mengikat tali pertunangan dan bakal berkahwin dalam masa terdekat. – HIBGLAM