‘Hati-hati kongsi hal rumah tangga, semoga Allah ampun’

PENDAKWAH selebriti PU Riz menegur segelintir pempengaruh yang terlalu terbuka berkongsi hal rumah tangga kepada umum.

Haris atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 30, berkata, budaya berkongsi masalah peribadi tidak sepatutnya menjadi kebiasaan dan perlu berhati-hati dengan setiap hantaran yang dimuat naik dalam media sosial.

Kepada yang ada sedikit ‘pengaruh’ dalam sosial media, yang tidak menutup aurat dan suka berkongsi semua kebaikan, berhati-hatilah.

“Mereka yang gemar menunjukkan hal-hal rumah tangga sama ada baik mahupun buruk, ada baiknya tutup sahaja,” katanya satu hantaran dalam Instagram.

Tidak terhenti di situ, suami kepada usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa itu turut mengingatkan tentang hadis Nabi Muhammad SAW yang mengecam perbuatan mendedahkan dosa secara terang-terangan.

“Apabila kita lihat dari sudut pendalilan, apa sahaja yang dibuat secara terbuka dan dihebohkan ini lebih dimarah tuhan berbanding yang tutup.

Kata Nabi SAW: Seluruh umatku akan diampuni, kecuali orang yang terang-terangan melakukan dosa (secara terbuka)

“Tutup, tutup. Semoga Allah ampunkan kita semua,” katanya.

Sebelum ini, beberapa figura terkenal mencetus kontroversi apabila bertindak membuka aib pasangan masing-masing, sekali gus mencetus perdebatan hangat dalam kalangan netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok