BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila ibunya, Siti Salmah Bachik selamat berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji, pagi tadi.
Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, berkata, ibu kesayangannya itu berangkat bersama sahabat serta rombongan jemaah Tabung Haji dengan segala urusan perjalanan dipermudahkan.
Alhamdulillah, Subuh tadi Mak Salmah berangkat menunaikan fardu haji.
“Mak pergi bersama sahabat dan jemaah haji daripada Tabung Haji.
“Syukur, segala urusan beg dan pendaftaran berjalan lancar. Terima kasih Lembaga Tabung Haji,” tulisnya menerusi hantaran dalam Instagram.
Pelantun lagu Seribu Kemanisan itu turut memohon doa orang ramai agar ibunya diberikan kesihatan baik dan dipermudahkan segala urusan ibadah sepanjang berada di Tanah Suci.
Doakan semoga Mak Salmah dan jemaah lain diberikan kesihatan yang baik sepanjang menunaikan ibadah, mendapat haji mabrur dan selamat pergi serta kembali.
“Ya Allah, jagakan ibuku dan seluruh jemaah haji yang lain, amin,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, ribuan peminat dan rakan selebriti membanjiri hantaran tersebut dengan doa serta ucapan tahniah.
“Sebaknya hati tengok TokTi peluk Mak Salmah. Semoga ibadah hajinya dipermudah dan diterima Allah,” komen seorang pengikut.
TokTi anak solehah. Moga Mak Salmah selamat pergi dan pulang, diberi kesihatan serta kekuatan sepanjang berada di Tanah Suci,” tulis netizen lain.
“Insya-Allah haji mabrur untuk mak TokTi. Amin ya Rabb,” ujar seorang lagi peminat.
Siti turut memuat naik beberapa foto yang merakam momen menyentuh hati ketika menghantar ibunya ke pusat pengumpulan jemaah awal pagi tadi. – HIBGLAM