Duet Jamal, Francisca masih berbisa

DILANCARKAN pada tahun 1988 tetapi masih menjadi siulan ramai sehingga hari ini.

Begitulah penangan lagu Kehebatan Cinta nyanyian dua penyanyi popular, Datuk Jamal Abdillah dan Francisca Peter.

Terbaharu, dua penyanyi itu kembali menuai perhatian ramai selepas tular sebuah video dalam TikTok mereka menyanyikan lagu tersebut dalam sebuah acara.

Kehebatan vokal dan aura masih sama, itu antara pujian yang membanjiri ruangan komen.

“Ini namanya legenda, lagu pun masih orang nyanyikan. Suara pun tak berubah!

“Sedap betul suara Francisca walaupun usia sudah meningkat. Datuk Jamal jangan cakaplah, paling power,” ujar netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok