Makin cantik, ada apa dengan Sherry Ibrahim?

SHERRY Ibrahim membuatkan ramai tidak senang duduk apabila kerap memuat naik video menyanyi seorang diri.

Bukan dibenci, sebaliknya Sherry dihujani pujian yang melihatnya semakin bahagia dan cantik.

“Makin cantik pun Sherry, asyik menyanyi dan nampak bahagia, ada apa-apa ke?

“Lawanya Sherry, awet muda betul muka,” ujar netizen.  Makin cantik, ada apa dengan Sherry Ibrahim

Namun, dalam ruangan komen, ada juga yang meminta dia kembali menjalin hubungan cinta dengan bekas kekasih, Fattah Amin.

Dia bagaimanapun tidak membalas komen sebegitu sebaliknya mendoakan yang terbaik untuk peminatnya. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok