PENYANYI popular Ernie Zakri menyatakan hasrat mahu turut serta dalam kempen boikot piza Jofliam seperti yang tular dalam media sosial.
Menerusi hantaran dalam aplikasi X, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, dilihat berkongsi tentang poster boikot tersebut.
Nak join sekali lah sebab kita geng epi-epi (epidural) juga,” tulisnya.
Kempen tersebut dilancarkan netizen selepas Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar, pernah melabel ibu hamil yang mengambil suntikan epidural ketika melahirkan anak sebagai ‘cheat code’.

TANGKAP layar pendirian Ernie yang mahu turut serta dalam kempen boikot piza Jofliam.
Kenyataan usahawan piza itu telah membangkitkan kemarahan ramai wanita di negara ini kerana dianggap sebagai penghinaan terutama wanita yang bertarung nyawa ketika bersalin.
“Boikot piza wagyu Jofliam kerana merendahkan maruah ibu-ibu Malaysia! Tindakan Jofliam menghina dan memperlekeh ibu-ibu Malaysia adalah keterlaluan! Kami berdiri teguh bersama para ibu lambang kasih dan pengorbanan,” antara ayat yang tertera dalam poster tersebut.
Menyedari namanya menjadi bualan ramai, Jofliam tampil memohon maaf dan membuat promosi khas untuk pelanggan yang hamil sebagai tanda menebus kesalahan dan meraikan ibu-ibu yang bersusah payah melahirkan anak. – HIBGLAM