PERANG mulut belum tamat, pelakon Rebecca Nur Al-Islam bertindak memuat naik tangkap layar mesej seorang bekas pekerja usahawan, Datin Seri Shahida yang didakwa sebagai majikan kurang adab, termasuk mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kakitangan.
Menurut Rebecca, pendedahan tersebut dianggap sebagai kifarah buat Shahida yang terlebih dahulu melemparkan kecaman terhadap dirinya.
“Ini semua disebabkan mulut dia yang menyebabkan saya dan keluarga kena kecam seteruk-teruknya
“Apa pun alhamdulillah, Allah SWT Maha Kaya,” kata Rebecca dalam aplikasi Thread.
Tambahnya, sejak kemelut dengan Shahida tular, dia menerima banyak mesej berbaur aduan daripada netizen mengenai Shahida.
“Lebih 1,000 mesej saya terima. Macam-macam saya kongsi sedikit demi sedikit tentang siapakah dia sebenarnya.
“Kepada netizen, terima kasih buat semuanya,” jelas Rebecca.
Sementara itu, netizen pula menasihatkan Rebecca agar bersikap matang dan berhenti membuka aib mana-mana pihak, sehingga mengundang dosa percuma.
“Sudah-sudahlah tu, Shahida pun dah senyap. Patut awak pun diam, nak kumpul dosa juga ke?
“Berhenti. Lagi kongsi begini, semakin nampak tak matang.
“Bila kongsi benda begini, buat orang hilang hormat. Tak perlu buka pekung mana-mana pihak lagi,” komen netizen.
Sebelum ini, Rebecca memuat naik video penjelasan mendakwa dirinya diserang seorang individu yang digelar ‘makcik bodoh’ dipercayai merujuk kepada Shahida.
Pertelingkahan terbuka antara Rebecca dan keluarga usahawan sensasi itu dipercayai bermula selepas pelakon itu memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu menumpang populariti milik Shahida. — HIBGLAM.