Ben Affleck bahagia tanpa JLo, jaga jarak

PERCERAIAN pasangan sensasi Ben Affleck dengan Jennifer Lopez dikatakan menjadi keputusan paling tepat dilakukan aktor terbabit.

Menurut rakan terdekat, pelakon dan penerbit filem berusia 52 tahun itu kini dalam keadaan lebih baik dan bersemangat berbanding ketika masih bersama Jennifer atau JLo.

“Ben tidak berhubung secara kerap dengan Jennifer sejak perceraian mereka kecuali membabitkan hal sekolah anak-anak,” katanya.

Begitupun, akui teman terdekatnya lagi, Ben tidak menyimpan dendam terhadap Jennifer tetapi lebih memilih untuk menjaga jarak.

Hal ini kerana, dia dikatakan seboleh-bolehnya mahu mengelakkan sebarang konfrontasi dengan penyanyi Let’s Get Loud itu.

Isu perpisahan pasangan terbabit pada 2024 selepas dua tahun berkahwin menjadi tumpuan ramai kerana sebelum itu mereka dua kali putus tunang dalam tempoh dua dekad.

Begitupun ikatan tersebut tidak kekal apabila pada Ogos tahun lalu Jennifer Lopez memfailkan permohonan cerai terhadap pelakon filem Batman itu.

Ben sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Jennifer Garner selama 10 tahun dan mempunyai tiga anak, Violet, 19, Seraphina, 16, dan Samuel, 13.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok