Menyusu, berat Mahalini susut 10kg

KEMBALI langsing seperti anak dara biarpun baru melahirkan anak, penampilan terbaharu Mahalini bagaimanapun mengundang spekulasi, kononnya menjalani rawatan khusus untuk kurus.

Menafikan dakwaan tersebut, pemilik nama penuh Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, 25, sebenarnya tidak pasti bagaimana berat badannya boleh turun secara drastik.

Saya tidak setuju bila orang cakap semua boleh asalkan ada duit kerana ibu menyusu tidak boleh buat rawatan menurunkan berat badan sembarangan.

“Sejujurnya, saya tidak tahu dapat turun berat badan secara drastik selepas melahirkan.

“Saya sekarang sudah turun 10 kilogram (kg) dari naik waktu hamil 13kg, memang terkejut dan terfikir bagaimana boleh terjadi,” katanya.

Pelantun lagu Sial itu percaya proses menyusukan anak sedikit sebanyak membantu menghilangkan lebihan berat selain menjaga pemakanan seimbang.

Doktor kata kalau makan dengan betul, makanan tersebut akan diserap bersama susu dan tubuh badan tetapi kalau tak selebihnya akan jadi lemak.

“Sebenarnya menyusukan boleh kurus kalau makan secara betul. Selepas menyusukan saya sangat lapar tetapi saya bernasib baik tidak mengidam makan benda pelik,” jelasnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok