PELAKON popular, Datuk Aaron Aziz meluahkan kekesalannya terhadap pencipta kandungan dan artis yang suka bercakap tentang orang lain.
Menurut Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz, 49, gejala tidak sihat itu semakin berleluasa dalam kalangan pempengaruh media sosial mahupun golongan selebriti.
“Sekarang ramai sangat ‘content creator’, artis suka cakap pasal orang. Jaga tepi kain lu sendiri sudah lah,” tulisnya dalam satu hantaran dalam Instagram.
Tambah pelakon filem KL Gangster itu lagi, golongan yang suka ‘menjentik’ orang lain adalah individu yang rasa diri mereka paling kreatif dan bijak dalam mencipta kandungan.
Hantaran Aaron itu mendapat pelbagai reaksi netizen, malah majoriti komen bersetuju dengan luahan aktor berkenaan.
Aaron turut senada dengan pandangan seorang netizen yang berpendapat pempengaruh dan selebriti sepatutnya menghasilkan kandungan bermanfaat seperti Khairul Aming.
Beberapa hari lalu hangat diperkatakan isu seorang pempengaruh media sosial menghasilkan kandungan dengan memetik nama seorang pelakon dan pengarah senior.
Disebabkan itu, penggiat seni tersebut menuntut permohonan maaf daripada orang tua pempengaruh tersebut atau dia bakal mengambil tindakan undang-undang. – HIBGLAM