Tidak semena-mena, pempengaruh sensasi Kasih Iris Leona mencuri perhatian ramai apabila memuat naik status dalam media sosial dengan pesanan agar orang yang buruk perlu sentiasa menjaga tingkah laku.
Leona, 23, berkata, sekiranya seseorang itu dilahirkan dengan wajah buruk, jangan terbawa sama dengan perbuatan.
“Kalau anda buruk, sekurang-kurangnya jadilah baik sebab, siapa nak berkawan dengan mereka yang berwajah buruk dan pada masa sama jahat,” kongsinya menerusi aplikasi X.
Perkongsian anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu menerima respons pelbagai daripada para pengikutnya di laman sosial tersebut.
“Apa yang penting, jadilah orang yang baik sama ada anda cantik atau buruk. Mati nanti orang akan menangis sebab anda bukan meraikan kematian anda,” tulis seorang netizen.
Netizen lain membalas secara sinikal: “Pretty privilege (kelebihan diperolehi orang yang ada rupa iaitu perempuan yang cantik dan lelaki yang kacak) betul, kan? Jahat (mean) sikit tidak mengapa asalkan cantik, boleh dibuatkan kawan, ye?”
Leona yang merupakan antara pempengaruh paling popular di Malaysia sebelum ini mudah meraih perhatian disebabkan statusnya sebagai anak selebriti yang berwajah jelita dan hidup senang.
Dia juga dalam satu audio siar pernah mengakui bahawa dia hidup senang dengan privilege keluarganya namun menegaskan itu bukan alasan untuk tidak bekerja-keras dalam kehidupan. – HIBGLAM