403
Anggota kumpulan T-ara, Jiyeon menangis teresak-esak ketika menonton perlawanan besbol yang melibatkan pasukan suaminya, Hwang Jae-gyun.
Luah Jiyeon, apabila suaminya terlibat dalam sesebuah perlawanan, dia akan secara automatik merasa cemas dan tidak senang duduk dek memikirkan keadaan suaminya.
“Saya sentiasa gugup kerana saya tahu permainan sebegini ada risiko kecederaan, saya sangat sayangkan dia.
“Dia (suami) menghadapi banyak masalah untuk berehat kerana kecederaan pada awal musim, tetapi saya terharu apabila dia sentiasa kuat dan gagah berjuang dalam kerjaya yang diminatinya,” kata Jiyeon.
Jiyeon dan Hwang Jae-gyun mula berkenalan secara serius sekitar tiga tahun lalu dan membuat keputusan untuk berkahwin