239
PADA usia 62 tahun aktres Demi Moore terus meraih pujian ramai bukan hanya disebabkan bakat lakonan, malah bentuk tubuhnya yang menggiurkan.
Tidak hairan bintang filem The Substance itu masih diajukan tawaran watak yang menuntutnya tampil tanpa seurat benang.
Namun, sumber terdekat Moore mendedahkan, pelakon itu enggan lagi berbogel dalam mana-mana penerbitan selepas The Substance ada dalam senarai pencalonan Oscar.
Moore yang turut dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi watak Elisabeth Sparkle menegaskan The Substance filem terakhirnya berbogel.
Menurutnya, karya arahan dan tulisan Coralie Fargeat itu naskhah yang kuat selain ada sebab yang kukuh untuk mempertontonkan tubuhnya kepada khalayak. – HIBGLAM