Shasha Abedul bertukar status, kini tunangan orang

DALAM diam pelakon Shasha Abedul mengikat tali pertunangan dengan pasangan pilihan pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun Sasha, 29, belum sedia mendedahkan identiti jejaka bertuah itu selain menganggap ikatan ini sebagai permulaan kepada perjalanan indah buat mereka.

“Hari ini (11 Januari), kita meraikan cinta-murni, ikhlas, tanpa syarat dan abadi.

“Detik ini menandakan permulaan perjalanan indah, menjanjikan untuk menghargai, menyokong dan berkembang bersama.

“Cintamu terpancar melalui setiap pandangan, senyuman dan sentuhan,” katanya dalam hantaran Instagram.

Dalam masa sama, pelakon drama Projek: Exit itu berharap hubungan mereka akan kekal sehingga ke jenjang pelamin.

“Semoga pertunangan ini menjadi asas seumur hidup dipenuhi dengan ketawa, kenangan tidak berkesudahan dan hubungan paling dalam.

“Inilah masa depan yang cerah dan indah seperti kita antara satu sama lain,” ujarnya lagi.

Dalam hantaran Instagram, Shasha turut berkongsi beberapa keping foto bersama tunang tetapi mengaburi wajah jejaka terbabit.

Perkongsian tersebut mengejutkan peminat kerana awal tahun lalu Shasha mengakui masih solo dan mahu fokus kepada kerjaya terlebih dahulu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok