USAHAWAN terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) mengakui terkejut melihat kejadian pasangan pereka fesyen, Razman Razmi diserang jurugambar di depan matanya semalam.
Sewaktu kejadian, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 53, sedang berjalan di karpet merah bersama Razman Razmi bagi menghadiri Anugerah Nona Superwoman 2024 yang berlangsung di sebuah hotel.
Menurut Vida, dia mengenali individu yang menyerang Razman Razmi kerana pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.
“Saya sangat terkejut! Saya tak pernah tengok situasi begitu depan mata. Menggigil kerana saya fobia tengok darah. Pada mulanya saya ingatkan perkara tersebut sekadar gurauan kerana kedua-dua pihak saya kenal.
Kejadian itu berlaku sangat pantas. Apa yang saya tak boleh tahan bila melihat lubang di muka Razman Razmi yang berdarah akibat cedera. Saya tak boleh nak hadam situasi ini.
“Saya tertanya-tanya kenapa kejadian ini perlu berlaku pada saat ini. Adakah perkara ini tidak boleh dibawa berbincang sehingga melibatkan kekerasan. Tidak takutkah dengan hukuman yang menanti bila lakukan perkara sebegini. Ini satu penganiayaan,” katanya kepada HibGlam.
Mengenali pelaku, Vida menyifatkan lelaki tersebut sebagai seorang yang alim.
Saya rasa dia seorang yang alim juga. Pergi usrah. Takkanlah sanggup nak pukul orang depan orang ramai. Bahaya, takut saya macam ni. Tetapi mengenali dia, dia seorang yang tidak boleh kompromi apabila melibatkan soal wang,” ujarnya.
Vida turut bersedia menjadi saksi bagi membantu siasatan sekiranya kenyataannya diperlukan.
Terdahulu, HibGlan melaporkan serangan membabitkan pasangan pereka fesyen dan jurugambar dikatakan berpunca daripada isu jual beli kereta terpakai pada 2019 yang bernilai RM20,000. – HIBGLAM
View this post on Instagram