MEMILIH untuk berdiam diri, pengurus kepada Rozita Che Wan mohon diberi ruang berhubung dakwaan pelakon itu berhutang RM1 juta dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Pengurus dikenali sebagai Afeeq Abd. Wahab berkata, pihaknya akan tampil memberikan penjelasan berkaitan isu berkenaan dalam waktu terdekat.
“Assalamualaikum, tolong beri sedikit masa untuk bertenang.
Saya akan kembali dengan kenyataan rasmi kelak. Terima kasih,” katanya.
Pagi tadi, rumah pelakon drama Kiah Pekasam itu diserbu pihak Mara untuk menyerahkan writ dan penilaian barangan di kediamannya yang terletak di Kota Damansara.
Serbuan tersebut dilakukan selepas isteri pelakon Zain Saidin itu dikatakan tidak membayar hutang pinjaman dari agensi terbabit hampir RM1 juta.
Ketika serbuan dibuat, hanya kelibat ibu pelakon tersebut sahaja yang ada mendiami rumah mewah tersebut.
Sementara itu, salah seorang anak pelakon itu iaitu Ammar Effendy tiba selepas satu jam pihak Mara memasuki rumah. – HIBGLAM