SEOLAH-OLAH bakat disekat, anggota kumpulan Blackpink, Lisa mengakui syarikat pengurusan YG Entertainment tidak memberikan sokongan apabila dia menyatakan hasrat ingin bergerak secara solo.
Enggan lagi tunduk dengan situasi itu, idola berusia 27 tahun berkenaan mengambil tindakan berani dengan menubuhkan syarikat pengurusan sendiri iaitu LLOUD.
“Keputusan tersebut merupakan satu risiko yang sangat besar.
“Saya mahukan pasukan memberi tumpuan sepenuhnya kepada saya dan projek solo yang saya usahakan,” katanya menerusi satu rancangan temu bual.
“Apabila ada projek solo, saya perlukan sokongan dan bukannya dihalang untuk berkembang,” ujarnya.
Perkembangan terkini, pelantun lagu Rockstar itu telah mendapat tempat dalam terbitan saluran media Vanity Fair dan tersenarai dalam kategori 2025 The Hollywood Issue.- HIBGLAM